" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Saturday, June 4, 2011

Berita: Sehari Bersama Mahasiswa 2011


KLUANG, 21 Mei - Program perkongsian tentang definisi kejayaan yang sebenar telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunus (SMKDHHY), Renggam yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Dan Makdis SMKDHHY bar-baru ini.


Seramai 56 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah SMKDHHY yang menyertai program yang dinamakan 'Sehari Bersama Mahasiswa' ini turut dibantu oleh 10 orang fasilitator dari HALUANSiswa dalam membina sikap positif yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar dan mengetengahkan teknik-teknik belajar yang berkesan.


Program dimulakan seawal jam 9 pagi sejurus pendaftaran dan sarapan kemudian peserta berkumpul di dewan, acara dimulakan dengan dipengerusikan oleh salah seorang peserta dan diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program iaitu En. Muhammad Luqman b. Hassan, seterusnya fasilitator memperkenalkan diri masing-masing.


Program berlangsung selama lapan jam itu diisi dengan ceramah yang penuh bertenaga dan bersemangat berkenaan membina kejayaan disampaikan oleh Cik Balqis binti Abdul Hakim selain aktiviti kumpulan membincangkan tentang 10 ciri-ciri muslim cemerlang serta permainan menguji minda dan katangkasan mereka dalam menitikberatkan kasih sayang mereka terhadap kawan-kawan.


Program berakhir setelah Majlis penutup dan majlis luahan rasa dari wakil peserta lelaki dan perempuan dan dari setiap fasilitator. Para fasilitator menyampaikan nasihat dan pesanan yang membina semangat untuk berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment