" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Saturday, June 4, 2011

HALUANSISWA Johor memeriahkan KHIDMAH 2011


Kulai, 29 Mei – Program meriah bersama Persatuan Bermotosikal Negeri Johor, Tn Hj Sallehuddin, Perwakilan Menteri Jabatan Pendidikan dan Pr. Dr. Sr. Abdul Hakim Mohamad, Yang Dipertua HALUAN cawangan Johor.

“Sebenarnya, kami memang akan bekerjasama dengan mana-mana pihak…”, kata YDP HALUANJohor selepas Ketua Kelab Biker Johor membuka pintu alu-aluan untuk bersama HALUAN Johor.

Kem Motivasi Pelajar dengan tema “ANAK SOLEH TITIAN KE SYURGA” diadakan bawah anjuran JKKK Komuniti 1Malaysia, KRT Kg Seri Paya, Kulaijaya dan HALUAN cawangan JOHOR.

Tn Hj Ahmad, Pengerusi KRT Kampung Seri Paya, Kulaijaya, Johor berkata “Kami, risau cuti 2 minggu maka wujudlah program Kem Motivasi Pelajar”.

Alhamdulillah, seramai 81 orang remaja lelaki dan wanita yang melibatkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah telah menyertai program ini. Anas Suhaib, Pengerusi KeArah mengatakan bahawa Allah izin hampir semua program remaja yang kami telah laksanakan termasuk program ini, bilangan peserta lelaki lebih ramai.

Cabaran disahut dengan baik oleh peserta diwaktu Balai Raya Serbaguna, Kampung Seri Paya terputus bekalan elektrik ketika hujan lebat dan sambungan guruh serta kilat. Program terus berjalan seperti biasa walaupun ketiadaan elektrik yang menyebabkan dewan utama panas dan gelap.

Majlis perasmian penutup program, para pelajar bersama ayah. Tn Hj Sallehuddin buat aktiviti kesegaran bersama para peserta dimana para peserta perlu menyebut “saya, ayah”. Justeru beliau berkata, “Anak-anak respond sepenuhnya selepas kali ketiga menunjukkan, HALUAN perlu datang dan adakan program seperti ini lagi sekali”.

Katanya lagi, “1 tahun 180 ribu ringgit malaysia peruntukan oleh JKK untuk seluruh Malaysia melaksanakan program”.

No comments:

Post a Comment