" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Monday, May 23, 2011

Program Ihya’ Ramadhan HALUANSiswa

SEREMBAN, 5 September 2009– Buat kesekian kalinya, HALUANSiswaMelaka & Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Program Ihya‘ Ramadhan 1430H dengan jayanya. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Dana Wawasan Ummah Melaka Bhd (KUDWAH) bertempat di Resort PJ Perdana, Paroi Jaya, Negeri Sembilan pada 5h hingga 6 September yang lepas

Seramai lebih kurang 50 mahasiswa mahasiswa Melaka & Negeri Sembilan menyertai program tersebut yang mana rata-rata peserta adalah penuntut Universiti Sains Islam Malaysia Nilai, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Caw. Nilai, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Institut Kemahiran MARA Jasin, Politektik Merlimau, UniKL MiCet Melaka, Kolej Profesional MARA Melaka dan Taylor College. Program tersebut turut disertai oleh 10 keluarga anggota KUDWAH.

Program ini dirangka khas bagi menjadi sentuhan pertama pembinaan Ukhwah Islamiyah diantara perserta-peserta program dan anggota-anggota KUDWAH selain menyediakan medan ‘ubudiyah bersempena bulan Ramaadhan 1430 H.

Program tersebut dimulakan dengan agenda iftar jamaie dan di ikut solah Maghrib berjemaah. Selesai solah Maghrib, para peserta diberi taklimat program oleh Penasihat KUDWAH, Yg. Bhg. Tn. Hj. Zain al-‘Abidin dan seterusnya menjamu selera sambil berkenalan diantara satu sama lain. Program diteruskan dengan Solah Isya’ dan Solah Teraweh serta Solah Witir yang diimamkan oleh Yg. Bhg. Ustaz Zaid Dzakaria yang merupakan tenaga pengajar MRSM Kem Terendak Melaka. Program pada malam tersebut diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Tuan Penasihat KUDWAH.

Agenda hari kedua program tersebut bermula seawal jam 4 pagi dengan program Qiamulail, bersahur, dan solah Subuh berjemaah. Program diteruskan dengan Tazkirah Subuh oleh Sdr. Khalid Al-Walid Bin Mustafa Kamil merangkap Koordinator HALAUNSiswa Melaka/Negeri Sembilan dan seterusnya sesi ta’aruf dan mukhalatoh. Suasana sesi tersbut yang diselangi dengan ucapan dan nasihat oleh anggota-anaggota KUDWAH benar-benar menyentuh hati dan perasaan para peserta dan sebilangan besar peserta menyuarakan perasaan gembira yang tidak terhingga dan berharap lebih banyak program akan dirangka oleh HALUASiswa Melaka/Negeri Sembilan dan KUDWAH untuk mereka. Program tersebut ditutup dengan ucapan penutup oleh yg. Bhg. Tuan Penasihat KUDWAH.

Laporan & gambar oleh:
Sdr. Khalid Al-Walid Bin Mustafa Kamil
(Koordinator HALUANSiswa Melaka/Negeri Sembilan)

No comments:

Post a Comment