" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Tuesday, May 24, 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430H HALUANSiswa Wilayah Selatan

ULU TIRAM, 24 September 2009- HALUANSiswa Wilayah Selatan telah mengadakan satu program Reunion IPT dan Jamuan Aidilfitri 2009 pada 24 September yang lalu. Program ini adalah untuk mengumpulkan mahasiswa mahasiswi yang berada di selatan tanah air sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri dan mengeratkan ikatan tautan hati antara mereka.

Program ini bermula pada pukul 11.30 pagi dengan ucapan daripada Sr Dr Hj Abdul Hakim Mohammed, Naib Presiden 1 HALUAN Hubungan Luar & Antarabangsa. Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa mahasiswa pada hari ini perlu untuk memperbanyakan ilmu di dada. Kerana ilmu merupakan salah satu senjata umat Islam. Beliau menasihatkan agar menjauhi diri dari sikap 3C iaitu; Critics, Compliant & Condemn.


Majlis diteruskan dengan jamuan dan aktiviti ziarah rumah ke rumah.


Laporan oleh: Sdri Asma’ Shamjuddin

No comments:

Post a Comment