" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Tuesday, May 24, 2011

HALUANSISWA BERKONGSI PENGALAMAN DI HIMEGA JOHOR 2011

Batu Pahat, 22 Mei - Kelab Siswa HALUAN (HALUANSISWA) Johor telah berkongsi pengalaman mereka di Menara Gading bersama bakal siswa dan siswi di dalam sebuah forum. Forum tersebut telah memberikan gambaran sebenar kehidupan seorang mahasiswa dan bagaimana untuk mereka tempuhinya. Forum bertajuk "Pengalaman Di Menara Gading" telah disampaikan oleh tiga orang ahli panel iaitu, Hilmi bin Abdul Razak, pelajar tahun akhir UiTM, Amnani bte Shamjuddin, pelajar tahun akhir UPM dan En. Muhammad Fansuri Kamarudin, graduan Kolej Teknologi Darulnaim(KTD). Isu utama yang dikupas oleh ahli-ahli panel ialah berkaitan suasana belajar yang solehah.


Hilmi bin Abdul Razak telah menyentuh berkenaan faktor kecemerlangan, "sikap individu yang benar-benar sedar tentang kepentingan ilmu dan persekitaran yang solehah".Amnani bte Shamjuddin pula berkongsi 'petua' kejayaan, katanya, "matlamat kita ialah redha Allah, menuntut ilmu perlu dijadikan ibadah dan bersungguh-sunguh dalam perkara yang kita lakukan".En. Muhammad Fansuri bin Kamarudin telah mengulas berkaitan suasana di KTD, "Pelajar-pelajar di KTD dibentuk peribadi mereka melalui aktiviti-aktiviti kampus dan juga persekitaran yang solehah yang didukung oleh semua pihak dari pentadbiran, staf, pensyarah dan pelajar. Mereka sama-sama membentuk suasana yang berlandaskan kepada Islam".


YDP HALUAN Johor, Prof Dr Abdul Hakim bin Mohammed telah menyempurnakan perasmian program dan memberikan ucapan perasmian yang cuba membuka minda para peserta untuk melihat realiti pendidikan masa kini. Beliau menyatakan tentang hasrat HALUAN untuk menampung kelemahan yang ada di dalam sistem pendidikan masa kini, katanya, "sistem pendidikan yang ada telah menjadikan markah peperiksaan sebagai ukuran dan secara tidak langsung menggredkan pelajar melaluinya, sedangkan nilai-nilai sebenar seperti amanah, tanggungjawab, jujur dan lain-lain hilang dari diri para pelajar".Tambah beliau, "HALUAN komited dan bersungguh-sungguh dengan memberikan sistem pendidikan alternatif dan menyediakan program-program melalui kelab seperti HALUANSISWA dalam membentuk peribadi pelajar yang berkualiti".


Program sehari ini, telah dianjurkan oleh HALUAN Johor dengan kerjasama HALUANSISWA yang berlangsung di Dewan Kuliah 8, Universiti Teknologi Tun Hussin Onn (UTHM). Program tersebut dihadiri oleh para pelajar lepasan SPM dan tingkatan 6 rendah, serta diiringi oleh para guru dan kaunselor

No comments:

Post a Comment