" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Tuesday, May 24, 2011

BBQ Di Taman Pulai Utama, HALUANSiswa UTM

SKUDAI, 24 Disember 2009– HALUANSiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasamaHALUAN Johor telah menganjurkan barbeku awal semester bertempat di rumah Encik Abd Razak di Taman Pulai Utama. Seramai 35 orang pelajar dan pensyarah dari UTM serta ahli HALUAN sekitar Skudai turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini di mana barbeku ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli HALUAN sekitar kawasan Skudai. Seawal jam 6 petang, segelintir pelajar UTM telah hadir ke rumah Encik Abd Razak untuk membuat persiapan untuk membakar ayam, seterusnya hadirin dijamu dengan pelbagai juadah yang enak dan lazat pada jam 9 malam. Selain ayam bakar, terdapat juga daging bakar, nasi lemak, cendawan goreng dan buah-buahan turut disediakan.

Pemuda Dan PerubahanProgram ini berakhir tepat jam 11.30 malam, setelah selesai aktiviti gotong-royong untuk mengemas peralatan-peralatan yang telah digunakan.

Alhamdulillah, program kali ini telah mempertemukan segenap lapisan umur baik muda ataupun tua dalam rangka untuk membina ukhwah dan saling bertukar pendapat walaupun berbeza usia. Semoga Allah menguatkan lagi tautan hati dan memperkukuhkan ikatan ukhuwah imaniyah sesama kita serta dipertemukan lagi di waktu yang akan datang. Amin.

No comments:

Post a Comment