" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Tuesday, July 19, 2011

Ramadhan Al-Mubarak


‎Rasulullah saw sntsa menunggu kedatangan Ramadhan sprt menunggu kekasihnya. Kena siapkan diri untuk brjumpa kekasih yg agung. Rasulullah telah buat 4 perkara untuk persiapan menghadapi Ramadhan:

1. Persiapan diri dgn byk brpuasa

2. Persiapan diri dgn byk membaca Al-Qur'an

3. Persiapan berdu'a

4. Mengingat Keutamaan-keutamaan Ramadhan


1.Siapkan diri dgn byk berpuasa

-Rasulullah saw berpuasa penuh selain drpd ketika Ramadhan ialah pd bulan Syaaban.
-Baginda Rasulullah saw brpuasa byk pd bulan syaaban
-kita semua kena cuba. at least isnin & khamis kita berpuasa.
-kena latih diri untk puasa.
-supaya inshaallah akn ad semangat & kekuatan yg lbh lg
-kdg2 kt trlupa jk x brlatih puasa sedari awal

2. Siapkan diri dgn byk mbaca Al-Qur'an.

-salafus saleh menganggap Sya'aban ialah bulan mnjaga Al-Qur'an. supaya inshaallah dpt mmbiasakan hati & diri dgn Al-Qur'an pd bulan Ramadhan.
-kdg2 terasa berat nk baca-penyebabnya adlh krn hati byk titik hitam.
-dgn mmbaca Al-Qur'an ia dpt mnghilangkan karat2 dosa. kita akn sentiasa rasa seronok untk baca Al-Qur'an.
-Al-Qur'an memainkan peranan yg besar shg hati bersih-shg dpt cahaya Al-Qur'an. rujuk Al-Anfal ayat 2.

Firman Allah taala di dalam Surah Al-Anfal, ayat 2, terjemahannya:

"Sesungguhnya orang2 yg beriman adalah apabila disebut nama Allah, gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kpd mereka, brtambah (kuat) imannya dan hanya kpd Tuhan mrk bertawakkal." (8:2)

3. Persiapan Du'a

-Berdu'a beerti mempersiapkan mental & hati.
-Rasulullah saw, jk telah memasuki bulan Rajab, memanjatkan du'a:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baarik lanaa fii rajab wasy-sya’baan, wa ballighnaa ramadhaan” Ertinya: “Ya Allah! Berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

-para sahabat Rasulullah saw brdu'a 6 bulan sblm Ramadahn-smg amal diterima.
-mst byk berdu'a-Allahumma ballighna Ramadhan-Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. amiin.

4. Mengingat Keutamaan-keutamaan Ramadhan

~kena sentiasa ingat keutamaan Ramadhan & keistimewaan Ramadhan
~Salman Al-Farisi r.a. bertutur, "Rasulullah saw brceramah kpd kami di akhir bulan Sya'ban seraya berkata:
"Wahai manusia! Bulan yg agung telah menaungi kalian, bulan penuh berkah yg di dalamnya ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sbg amalan wajib, dan menetapkan qiyamullailnya (solat tarawih) sbg Sunnah. Barangsiapa yg bertaqarrub kpd-Nya dgn satu kebaikan (amalan wajib), ia bagaikan melakukan tujuh puluh kali amalan wajib di bulan lainnya. Bulan itu adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan berderma, bulan yg didalamnya rezeki org Mukmin ditambah. Barangsiapa yg memberi menu berbuka bg org yg brpuasa, maka hal itu akn mnjadi pengampunan bg dosa-dosanya, mnjadi pembebasnya dr api neraka, dan akn mendapatkan pahala seperti pahala org yg berpuasa td tanpa dikurangi sedikit pun," Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami memiliki makanan untk diberikan kpd orang yg berpuasa." Rasulullah mnjawab, "Allah akan memberikan pahala itu kpd org yg memberikan makanan ifhtar walaupun dgn sebiji kurma atau seteguk air putih atau air yg dicampur susu. Bulan ini adalah bulan yg awalnya rahmah, pertengahannya adalah maghfirah, dan akhirnya adlh pembebasan dari api neraka. Kerana itu, perbanyakkanlah melakukan 4 perkara. 2 perkara mnyebabkan Rabb kalian redha kpd kalian dan 2 perkara lg membuat kalian tercukupi. 2 perkara yg pertama adalah kesaksian bahawa tiada Ilah selain Allah dan beristighfar kpdNya. Dan 2 perkara lainnya yg mmembuat kalian tercukupi adlh permintaan kalian terhadap syurga Allah dan perlindungan dari api neraka."

-Hadis Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah, dan ia berkata bahawa khabar ini shahih. Al-Asbahani mencantumkannya dlm kitab at-Targhib dari Sulaiman, sedang al-Hafizh Ibnu Hajar dlm Fathul-Bari menilai dha'if para perawi-nya).

~Kesimpulan drpd hadis diatas sebgaimana yg diterangkan oleh penyampai:

~Rasulullah saw brkhutbah-seperti yg dituturkan oleh Salman al-Farisi r.a, bahawa:

-bulan yg agung telah menaungi kalian. Allah jdkn puasa sbg amal wajib-brtaqarrub dgn Allah.
-bulan Ramadhan adlh bulan kesabaran
-ganjaran siapa yg membeli menu untk org brbuka puasa dpt pahala. Allah bagi pahala.

RAMADHAN:

~kena lazimkan menyebut: Lailahaillallah & sentiasa berIstighfar
~Dua kita adlh untk meminta keredhaan Allah.
~Bykkn buat persiapan membaca Al-Qur'an, byk brdu'a, hebahkan & mngkaji fiqh puasa.

Smg Allah hadiahkan hidayah, maghfirah, ilmu & hikmah serta kesungguhan dlm beramal soleh, & mnjadi soleh & musleh. amiin.ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN. amiin ya Rabbal 'alamin.



Barakallahu fiikum. Jazakumullahu Khairan Jaza'.

Allahu taala a'lam.

-INDAHNYA RAMADHAN DI RUMAH KITA- penulis: Dr. Akram Ridha

Judul Asli: BUYUTUNA FI RAMADHAN

1 comment: