" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Friday, July 15, 2011

Berita: Rehlah Tarbawi Gunung Berlumut

KLUANG, 17 Julai – SiswaHALUAN Johor telah menganjurkan Program Rehlah Tarbawi pada 9 hingga 10 Julai 2011 di Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang baru-baru ini. Program ini dengan kerjasama Pemuda HALUAN Johor bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara siswa yang sedang bercuti dan juga pemuda yang cuti di hujung minggu.

Program bermula dengan taklimat oleh Pengarah Program, Saudara Ahmad ‘Akif Bin Adam. Selesai taklimat, aktiviti mandi-manda dan memasak dijalankan. Peserta-peserta rehlah bertukar-tukar giliran untuk memasak dan mandi di sungai Gunung Berlumut.

Program rehlah ini berlangsung selama dua hari itu diisi dengan aktiviti Ta’aruf yang unik, perkongsian bersama wakil Pemuda HALUAN, Cikgu Ahmad Khairi, Katibah, kuliah subuh dan Perkongsian bersama syuyukh oleh Cikgu Aminuddin.

Semasa sesi perkongsian, Cikgu Ahmad Khairi berpesan kepada SiswaHALUAN agar sentiasa bersedia dan merancang untuk memastikan penerusan Dakwah dan Tarbiyyah sebelum memasuki alam pekerjaan dan alam rumahtangga.

“Kualiti seorang muslim bukan diukur berapa lama umurnya didunia ttp berapa lama dia hidup memberi manfaat kpd islam..” kata cikgu Aminuddin semasa sessi perkongsian beliau yang banyak membincangkan tentang risalah ‘Wahai Pemuda’ oleh syeikh IHAB kepada pemuda.

Para peserta berharap agar program seperti ini di adakan lagi di masa akan datang.


No comments:

Post a Comment