" Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (42:20)

Tuesday, May 24, 2011

KHIDMAH 2009 Mendampingi Masyarakat Kampung

KULAIJAYA, 20 Disember - Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli HALUANSiswa dan pelajar sekolah menengah yang sedang bercuti di Johor telah mengikuti program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN ’09 (KHIDMAH ’09) yang diadakan di Kampung Sri Paya, Kulaijaya, Johor. Program yang berbentuk serampang dua mata ini mempunyai dua misi iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan masyarakat kampung yang dipilih dan melalui kehidupan bersama masyarakat setempat dan berkongsi pengalaman di antara peserta KHIDMAH ’09 bersama anak-anak masyarakat setempat.

Program yang berlangsung dari 20 hingga 23 Disember ini dianjurkan secara bersama oleh HALUAN Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama JKKK Kampung Sri Paya, Kulaijaya, Johor.

Pada hari pertama, peserta telah diserahkan kepada wakil setiap keluarga angkat dalam majlis ringkas yang diadakan di dalam Balairaya Kampung Sri Paya. Ini diikuti dengan pemeriksaan secara percuma oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) yang diketuai oleh Dr Baharuddin Suri untuk penduduk kampung. Seterusnya, perlawanan bola sepak diadakan untuk peserta lelaki dan bola jaring untuk peserta perempuan yang melibatkan penduduk kampung telah berlangsung di padang. Sebelah malamnya, forum perdana yang bertajuk ”Membina Generasi Masa Depan Aspirasi Bersama” telah dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada hari kedua, Kem Anak Soleh telah bermula. Para peserta KHIDMAH ’09 dipertanggungjawabkan menjadi fasilitator sepanjang kem ini berlangsung. Sepanjang hari diisi dengan aktiviti ice-breaking, grouping, aktiviti perkhemahan seperti ’lakaran kampung saya’ dan sukaneka. Tayangan multimedia pada sebelah malam yang dikendalikan oleh Sdr Zailani Mohd Ali yang merupakan ketua Pasukan Kedua dari Misi Kemanusiaan Padang telah memberikan maklumat berguna kepada peserta Kem Anak Soleh tentang betapa beruntungnya mereka dapat hidup dengan sempurna di Malaysia tercinta.

Pada hari ketiga, sebelah paginya telah diisi dengan ceramah motivasi bertajuk ”Rahsia Pelajar Cemerlang" yang disampaikan oleh Sdr. Helmi Abdul Razak dan Sdr. Umar Afifi Zainordin. Slot ”Bimbingan untuk menjadi Anak Soleh” telah dikendalikan oleh Sdr. Asryaf bin Ishak. Pn. Salmah binti Hj. Salleh yang merupakan guru kaunseling berpengalaman pula telah menyampaikan “Cabaran Dunia Remaja”. Aktiviti pada sebelah petang diakhiri dengan ceramah penuh bersemangat bertajuk “Dadah Musuh Negara” oleh wakil dari PENGASIH.

Majlis perasmian penutup telah diadakan sebalah malam di mana Yang Berbahagia Encik Tahiruddin bin Abdul Hadi, Penghulu

Mukim Bukit Batu. Prof. Dr. Abdul Hakim Mohammed, Naib Presiden HALUAN semasa memberikan ucapan semasa majlis persmian penutup telah menjelaskan kesungguhan HALUAN dalam kerja-kerja kebajikan untuk membantu masyarakat. Majlis di akhiri dengan penyerahan hadiah dan sijil kepada semua peserta Kem Anak Soleh.

Pada hari terakhir, peserta KHIDMAH ’09 telah berkumpul di Balairaya Kampung Sri Paya untuk berangkat pulang. Bapa-bapa dan ibu-ibu angkat telah mutan enitiskan air mata kerana sedih di atas perpisahan yang terjadi. Para peserta turut merasa hiba kerana merasakan program yang dilaksakan terlalu cepat berlalu. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan jayanya hasil kerjasama yang erat di antara HALUAN dan JKKK Kampung Sri Paya dan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung.

Berita oleh Sdr Luqman Hakim Hassan

No comments:

Post a Comment